THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 26, 2009

perhatian!!

kpd sesiape yg nk tgk laporan perhimpunan 100 tahun pgkp sila tekan rakan link sy cenderawasih rovers...

Sunday, April 12, 2009

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE 7

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE 7


Butiran lanjut berkaitan Jambori berkenaan seperti berikut :

Tarikh
30 Mei 2009 hingga 04 Jun 2009
Peserta dijangka hadir dan mendaftar pada 29 Mei 2009 ( pagi ) dan meninggalkan Kem Pengakap Melaka pada 04 Jun 2009 ( tengahari )
Tema
‘ KEAMANAN SEJAGAT ’

Lokasi
Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka

Yuran
Yuran Jambori sahaja sebanyak RM 80.00 seorang dibayar secara tunai
semasa pendaftaran. Yuran ini meliputi aktiviti Jambori, pengangkutan
semasa aktiviti lawatan dalam Melaka dan Kit Jambori
( kemeja ‘T’, lencana Jambori, lencana aktiviti, sijil, buku panduan , Tag )

Peserta
Peserta hendaklah berumur 13 hingga 17 tahun. Setiap 10 orang peserta hendaklah diiringi oleh seorang pemimpin dewasa.
Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Negeri masing – masing.

Aktiviti
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan, halangan, indaba,
kebudayaan , xpdc, permainan, khidmat masyarakat , radio amatur , aktiviti air & pelbagai lagi.

# Setiap Kontinjen diminta bersedia untuk persembahan kebudayaan.

Pengesahan dari Pesuruhjaya Negeri
Sila lengkapkan borang Penyertaan Jambori dengan pengesahan dari PD dan PN dan kembalikan kepada Setiausaha Kontinjen WPKL pada atau sebelum 1 April 2009.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka sedia menunggu maklumbalas dan menyambut kehadiran peserta di Melaka Bandaraya Warisan Dunia ; ….‘Di Mana Segalanya Bermula…’

MAJLIS PENUTUPAN PENGAKAP 100 TAHUN

Salam Pengakap,
Adalah di maklumkan bahawa PPM akan menganjurkan Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Stadium Negara, Kuala Lumpur

Untuk makluman semua, beberapa acara sambutan serta perhimpunan telah dirancang bersempena dengan sambutan 100 tahun Kepengakapan di Malaysia dan dijangkakan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong akan turut mencemar duli. Juga YAB PM dan beberapa menteri akan turut hadir. PPM akan menghimpunkan seramai 4110 dari seluruh negara untuk sama-sama Menyertai perhimpunan tersebut.PPM WPKL di kehendaki menurunkan paling kurang seramai 830 orang pemimpin Pengakap, Ahli Pengakap Muda, Ahli Pengakap Remaja dan Ahli Pengakap Kelana dan tidak terikat dengan bilangan ini agar kepadatan peyertaan dapat dilihat dalam perhimpunan raksaksa tersebut.Adalah diharapkan agar semua Pesuruhjaya Daerah, ASC Program dan ASC Pentadbiran dapat membuat persediaan awal.


Berikut adalah cadangan Pecahan perserta:-
Ibu Pejabat
: Minima 30 orang
,
Zon Bangsar
: Minima 200 orang,
Zon Keramat
: Minima 200 orang,
Zon Pudu
: Minima 200 orang,
Zon Sentul: Minima 200 orang,
Jumlah minima dari PPMWPKL: 830orang


Berbagai acara juga telah diatur, diantaranya upacara penyampaian Pingat Peringatan 100 Tahun dan acara-acara lain yang akan dimaklumkan kemudian disamping itu sijil 100 tahun dan cerderamata juga akan di keluarkan sebagai momento Perayaan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia.

Jangan terlepas peluang keemasan ini. Hebahkannya dari sekarang dan senaraikan nama-nama dengan betul supaya mudah di cetak atas sijil kelak.

Jumpa disana - tolong memberi balas kehadiran kumpulan dan berapa ramai peserta.

Terima Kasih

Chenteral Velo
DC Sentul Zon