THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 12, 2009

MAJLIS PENUTUPAN PENGAKAP 100 TAHUN

Salam Pengakap,
Adalah di maklumkan bahawa PPM akan menganjurkan Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Stadium Negara, Kuala Lumpur

Untuk makluman semua, beberapa acara sambutan serta perhimpunan telah dirancang bersempena dengan sambutan 100 tahun Kepengakapan di Malaysia dan dijangkakan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong akan turut mencemar duli. Juga YAB PM dan beberapa menteri akan turut hadir. PPM akan menghimpunkan seramai 4110 dari seluruh negara untuk sama-sama Menyertai perhimpunan tersebut.PPM WPKL di kehendaki menurunkan paling kurang seramai 830 orang pemimpin Pengakap, Ahli Pengakap Muda, Ahli Pengakap Remaja dan Ahli Pengakap Kelana dan tidak terikat dengan bilangan ini agar kepadatan peyertaan dapat dilihat dalam perhimpunan raksaksa tersebut.Adalah diharapkan agar semua Pesuruhjaya Daerah, ASC Program dan ASC Pentadbiran dapat membuat persediaan awal.


Berikut adalah cadangan Pecahan perserta:-
Ibu Pejabat
: Minima 30 orang
,
Zon Bangsar
: Minima 200 orang,
Zon Keramat
: Minima 200 orang,
Zon Pudu
: Minima 200 orang,
Zon Sentul: Minima 200 orang,
Jumlah minima dari PPMWPKL: 830orang


Berbagai acara juga telah diatur, diantaranya upacara penyampaian Pingat Peringatan 100 Tahun dan acara-acara lain yang akan dimaklumkan kemudian disamping itu sijil 100 tahun dan cerderamata juga akan di keluarkan sebagai momento Perayaan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia.

Jangan terlepas peluang keemasan ini. Hebahkannya dari sekarang dan senaraikan nama-nama dengan betul supaya mudah di cetak atas sijil kelak.

Jumpa disana - tolong memberi balas kehadiran kumpulan dan berapa ramai peserta.

Terima Kasih

Chenteral Velo
DC Sentul Zon

0 comment: